Joras Melawak Buku Sumpahan 99 Kata Fattah Amin

Joras Melawak Buku Sumpahan 99 Kata-Kata Fattah Amin

Dah tengok rancangan Maharaja Lawak Mega 2017 minggu 1 pada Jumaat yang lepas? Kah kah! Berbaloi menonton MLM2017. Lawak eh! Lawak kumpulan Joras buat aku terkenang-kenang! Masuk percuma..nak tengok kena bayar! Menyumpah pun kena bayar. Bagus betul la. So, yang kuat menyumpah tu kena la beringat, jangan suka menyumpah sembarangan.


Nak tengok Joras buat lawak pasal buku sumpahan 99 Kata-Kata Fattah Amin? Tengok sini: VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2017 MINGGU 1 cari kumpulan Joras dan nikmati lawak komedi yang confirm, pasti kelakar!

Lawak Joras Di Gelanggang MLM2017

Mula-mula pasal bayaran masuk. Masuk PERCUMA, tak perlu bayar. Tapi kalau nak tengok, kena bayar RM2. Strategi macam ni biasa diguna kalau pergi ke fun fair. Masuk free, kalau nak main baru kena bayar.



Then, pasal orang minyak. Serius, aku sendiri pun dah terbayang orang hitam legam dengan memakai spender je. tapi mungkin diorang akan hias orang tu bagi nampak feminin, camtu la sangkaan aku bila tengok sign board orang minyak. Sekali yang keluar orang minyak bawa pam minyak. Sambil tanya ‘nak isi penuh ke setengah?’. Aku dah gelak mengekek-ngekek. Rahim pun tak puas hati la, rasa kena tipu. Tulis kat atas tu seram. Kat mana seramnya?

Rupanya seram..sebab semakin hari minyak yang kita isi tu semakin sedikit. Seram! Minyak makin sedikit makin dikit. Then Rahim tertengok promosi buku sumpahan. Dia yang penuh persoalan terus tanya, buku sumpahan tu tentang apa. Bila buka kain tu, tertera buku 99 Kata-Kata Fattah Amin. Kah kah! Rahim cam pelik la, part mana yang menyumpahnya. Shuk pun bagi tau pasal harga buku tu RM58 then banyak orang pertikaikan pengisian buku tu. orang tak puas hati.


Rahim yang rasa tertipu pun menyumpah Shuk. Lalu kena bayar RM2. Sebab ada notis bawah tu tulis, kalau menyumpah kena bayar RM2. Hahah! Lawak betul! Yang last sekali nak tengok pameran seram. Keluar la ikan duyung penuh kehodohan. Tengok video dia best! Kreatif betul la diorang ni. Lawak MLM memang best berbanding lawak yang lain. sebab peserta hebat-hebat!


Beli Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin

Siapa yang pernah beli buku Fattah Amin? Buku 99 Kata-Kata tu? apa yang dia tulis? Teringin gak nak tahu. Harga kalau beli buku tu kat Semenanjung RM58. Kalau Sabah dan Sarawak harga buku 99 Kata-Kata Fattah Amin tu RM65. 

7 comments

Thank you share..nak tgk la..hehe

BARU LAST WEEK ADA TENGOK DI INSTAGRAM FATTAH AMIN PASAL BUKU NI...BANYAK YG PERTIKAI LAYAK KE DIA MENULIS WALAUPUN BARU SETAHUN JAGUNG DI DALAM DUNIA SENI...MUNGKIN BAB PENULISAN DAH LAMA KOT BERKECIMPUNG...HAHAHAH

Kamek sik nanggar tapi tauklah jwak sebab anak murid kamek berloyar ngan kamek pasal MLM time kamek sit in. Ingat sidak berguro tek. Hahah.

Jom exchange bloglist, http://lynk.my/w1cm

Saya pun teringin nak tulis buku begitu.. Tetapj harga yg jauh lebih murah..

Buku sumpahan, hahaha.
Selamba ja melawak buku orang.

memang lawak joras..makin kretif dgn isu semasa.. tak sabar nak tgok MLM harini.. hehe

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon