Tukar Template Blog Mesra SEO. Terima Kasih Brader Elih

Fuh.. fuh.. tahun baru, baju blog mesti nak tukar baru. Yey! Akhirnya tercapai jugak hasrat di hati nak tukar template blog. Template lama blog ni berkurun-kurun aku guna, since 2009 lagi.. tak pernah tukar. Aku kan makcik2 sikit..kurang arif bab edit kod html blog nih. Nasib baik ada blogger baik hati tolong buatkan. Terima kasih blogger Elih, akhirnya merasa jugak aku bertemplate baru.

template blog mesra seo 2017
Template Blog Mesra SEO

Blogger Elih Japahar member lama aku berblogging. Ermmm tahun bila erk aku mula kenal blogger Elih. Rasanya since tahun 2013. Bermulanya aku nekad nak tukar template blog bila terserempak artikel minyak herba asmak blogger Elih. Eh ringan dan laju blog dia. Macam super Mario. Terus aku terjeles. Contact dia dan tanya pasal service tukar template. Dia pulak dengan baik hatinya sudi tukarkan template untuk aku. Wah…baiknya dia. Terima kasih banyak2 bro Elih. Suka sangat nih dapat template ringan, laju loading, mesra SEO. Impian tercapai. Yey!!

Masa nak tukar template blog ni, dup dap dup dap jugak aku, ye la..takut tak pandai nak adjust kod html yang lain tu. Nebes weh! Nasib baik makcik pandai sikit, berbekalkan ilmu asas koding blog yang makcik belajar dulu-dulu. Sikit la..

Hati tengah suka ni, bertemplate baru. Ringan, laju loading. Lalalala.. Hope makcik nanti aktif mengarang entry. Hikhik…moga tercapai azam makcik tahun ni. Nak menuai hasil berblogging. Harap makcik berjaya tempuhi cabaran blogging tahun ni. Especially bila makcik balik kampung, ke laut mood blogging. Moga makcik kuat, tabah, cekal capai matlamat.

Bagi yang berminat nak tukar template blog yang mesra SEO, bolehlah contact blogger Elih di sini:

Sangat puas hati dengan hasil kerja beliau, lengkap! Memudahkan orang macam aku yang kurang arif pasal koding2 ni semua. Lagi satu…dia buat kerja cepat! Sangat best berurusan dengan dia. 

4 comments

blog fae dah bertahun tak tukar baju baru hehe

wah..bestnye klau dpt tukar template yg ringan loading mcm ni jgk.

Lajuuu je loading! :)

sibodohjangankacau.blogspot.com

Great and useful article. Creating content regularly is very tough. Your points are motivated me to move on...

SEO Company in Chennai


EmoticonEmoticon