Protege Mentor Milenia Siapa Yang Menjadi Pilihan Korang?

Ada yang menonton rancangan Mentor Milenia TV3? Ada?? Yeah..kita geng! Actually, konsert pertama Mentor dahpun start Ahad lepas: Konsert Battle Pertama Mentor Milenia 2016. Juara mingguan dimenangi oleh Mya team Hazama. Memang best la dia nyanyi. Ok, nak tanya korang-korang semua yang turut sama menonton Mentor Milenia, siapakah protege kesukaan korang? Bawah ni merupakan senarai peserta Mentor Milenia.

Protege Akim Ahmad
1. Han
2. Ebba

Protege Hazama
1. Fareez
2. Mya

Protege Black
1. Wanie
2. Qody

Protege Azlan
1. Zetty
2. Nuri

konsert battle pertama mentor milenia 2016 tv3, konsert battle 1 mentor milenia 2016, konsert mentor milenia 2016 battle 1 minggu 1, juara pemenang mingguan dan gambar konsert mentor milenia 2016 first battle

Protege Mentor Milenia pilihan aku adalah Nuri, Mya dan Ebba. Ia berdasarkan pemerhatian aku untuk konsert minggu 1 la. Suka dengar vokal Nuri. Mendayu-dayu je nyanyi, terbuai habis. Part high note lagu Mengapa tu je kureng sikit, macam menjerit. Mencacatkan persembahan dia. Low note dia sangat sedap. Rasa nak..nak..nak dengar lagi dia nyanyi.

Ebba pulak..hmmm vokal dia sedap, nyanyi pun best, penuh penghayatan. Cuma suntikan nada baru lagu Keliru tu je kedengaran agak lemah longlai, lama-lama dengar jadi bosan. Akim ni memang kreatif part gubah irama lagu. Tapi lagu Keliru dengan nafas baru tu tak menjadi. Aku sebagai penonton pun rasa macam…bila nak habis lagu ni. Hope next battle konsert Mentor Milenia Ebba dapat lagu yang mencabar vokal dia.

Mya, nyanyian seiring dengan rentak lagu. Persembahan penuh bertenaga! Even dia menari pun nyanyian dia tak semput. Penuh energy la si Mya ni. Hebat! Saingan sengit mereka bertiga ni. Korang pula, siapakah protégé kesukaan korang? Cer citer..

6 comments

xde yg best pon..x menarik hehe

rasa mcm nk tukar channel je msa dgr ebba nyanyi..haha
mcm org malas nyanyi je


EmoticonEmoticon