Sinopsis Sha Dan Shah Episod Akhir

Sinopsis Sha Dan Shah Episod Akhir (Episod ke 16) Drama Astro | Kecewa dengan sikap playboy suaminya, Sha (Syatilla Melvin) merentap rantainya lalu dilemparkan ke bawah. Shah (Kamal Adli) terkejut dengan tindakan isterinya. Tidak pernah dia melihat Sha semarah itu.

sinopsis sha dan shah episod akhir (episod ke 16), gambar, pelakon, akhir cerita drama sha dan shah tamat, last episode, ending sha dan shah astro, episod kemuncak, komen drama sha dan shah (astro)
Drama Sha Dan Shah (Astro) Episod Akhir

Shah cuba memujuk Sha namun tidak diendahkan isterinya. Shah yang bingung berusaha mengambil hati isterinya. Ditambah lagi dengan keadaan Sha yang sedang sarat mengandung. Tidak mahu melukai hati isterinya, Shah mencari rantai beserta cincin yang turut sama terbaling di halaman rumah.

sinopsis sha dan shah episod akhir (episod ke 16), gambar, pelakon, akhir cerita drama sha dan shah tamat, last episode, ending sha dan shah astro, episod kemuncak, komen drama sha dan shah (astro)
Drama Astro Sha Dan Shah episod terakhir - episod 16

Melihat keikhlasan dan kesungguhan suaminya, hati Sha tersentuh. Suaminya jatuh sakit akibat mencari cincin semalam di luar rumah. Demam. Sha membuat nasi bubur untuk suaminya makan. Shah tersenyum lega, isterinya kini sudah tidak merajuk lagi. Mengambil berat akan dirinya.

Ketika Sha menyuapkan bubur ke mulut suaminya, Shah mengeluarkan sebentuk cincin dan diberikan kepada isterinya. Sha terkejut! Bersungguh benar suaminya semalaman mencari cincin itu.

Atilia (Shima Anuar) datang mengetuk rumah Sha dan Shah. Dia berpakaian serba hitam dan mengenakan purdah. Atilia mengatakan dia memerlukan wang sumbangan derma. Ketika Sha ingin mengambil dompetnya di bahagian tingkat atas, Atilia menghempas pintu dan mengacukan pisau ke leher Sha. Sha panik!

Atilia ingin membunuh anak dalam kandungan Sha. Anak yang telah menghalang cintanya terhadap Shah. Sha merayu agar anaknya tidak menjadi mangsa korban. Atilia ketawa puas melihat ketakutan yang terpancar di wajah Sha.

Kebetulan, Shah baru tiba di rumah. Shah begitu terkejut melihat Atilia seperti orang gila meletakkan pisau di leher isterinya. Shah cuba memujuk Atilia dan menyelamatkan nyawa isterinya. Namun Shah pula yang menjadi mangsa tikaman Atilia. Shah cedera parah lalu segera dibawa ke hospital.

Sha begitu sedih melihat keadaan suaminya. Seluruh keluarga menunggu di luar bilik bedah. Doktor mengesahkan Shah berada dalam keadaan stabil. Timbul pula kekecohan bila mana Sha merasa sudah tiba masanya bayi itu melihat ke dunia. Sha dibawa ke bilik bersalin. Shah yang dalam keadaan sakit cuba menenangkan isterinya. Lahirlah seorang bayi comel.

Marinate (Nina Iskandar) dan Syed Adif (Aizat Hassan) disatukan. Mereka merupakan sahabat rapat kepada Sha dan Shah. Masing-masing menemui teman hidup dan mengecapi kebahagiaan. Tamat!

Pelakon Drama Sha Dan Shah (Astro)
Syatilla Melvin – Sha
Kamal Adli – Shah
Shima Anuar – Atilia
Nina Iskandar – Marinate
Azwan Kombos – Iskandar
Aizat Hassan – Syed Adif

Gambar Drama Sha Dan Shah Episod Akhir
sinopsis sha dan shah episod akhir (episod ke 16), gambar, pelakon, akhir cerita drama sha dan shah tamat, last episode, ending sha dan shah astro, episod kemuncak, komen drama sha dan shah (astro)

Komen Selepas Menonton Drama Sha Dan Shah (Astro)
 Suka pulak aku tengok lakonan Syatilla Melvin dan Kamal Adli dalam drama ni. Drama cinta komedi. Kiut! Dah pakai tudung rupanya Syatilla Melvin, alhamdulillah, penampilan lebih menawan, sopan, terserlah la kat kaca tv. Eh, si Syatilla tu bakal jadi bini Shaheizy Sam, Tahniah.

Drama Sha Dan Shah (Astro)
Tarikh episod akhir Sha Dan Shah disiarkan: 28 Januari 2016
Sha Dan Shah episod akhir – episod 16
Hari: Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

2 comments

thanks buat sinopsis episod akhir sbb sya mmg tngu episod akhir je. hehe


EmoticonEmoticon