Banjir Hanyutkan Kereta Lebih 1 Kilometer

Macam-macam bencana alam yang berlaku sekarang ni. Puting beliung, ribut taufan, banjir lumpur, tanah runtuh. Terasa gerun bila membayangkannya. Mana tidaknya, bencana alam ni boleh mengundang bahaya! Malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Suatu ketika, ramai yang berasa bimbang dengan fenomena pemanasan global. Kerana melalui pemanasan global inilah, ianya mengundang berlaku kejadian bencana alam. Kerana sikap rakus manusia yang tidak menjaga alam sekitar, mengejar keuntungan dan pembangunan negara tanpa mengambil kira kesan yang bakal dihadapi. Kerana itu juga disarankan pembangunan lestari atau pembangunan mampan untuk memanfaatkan penggunaan sesuatu sumber secara terkawal. Pada masa yang sama, mengurangkan kesan pada pemanasan global.

Nak di jadikan cerita, seorang warga emas berusia 75 tahun hampir tenggelam dan hanyut akibat banjir yang masuk ke dalam rumahnya. Menurutnya, air naik dengan cepat sehingga ke paras dadanya. Kesian.. Dah la warga emas. Tenaganya tak kuat untuk mengharungi banjir. Malah dia dah membayangkan dirinya akan tenggelam dan hanyut dek banjir deras. Nasib baik ada yang menyelamatkannya.

Banjir hanyutkan kereta lebih 1 kilometer, bencana alam banjir, arus deras banjir, bahaya banjir, pemanasan global punca banjir terjadi, pembangunan lestari, pembangunan mampan, kesan banjir
Derasnya arus banjir!

Penduduk di kampung yang sama melaporkan, keretanya rosak selepas dihanyutkan oleh arus banjir kira-kira lebih dari 1 km. Pergh! 1 kilometer tu! Jauh! bayangkan korang kereta yang sebegitu berat begitu mudah dibawa arus banjir. Menakutkan!

Bila dilanda banjir begini, golongan kanak-kanak dan golongan berusia paling merisaukan. Golongan remaja pulak ada yang seronok tengok bila banjir datang. Mana taknya, dapat mereka menyelam kuak lentang. Bahaya woo! Kita tak tahu, arus banjir boleh berubah jadi deras. Malah mencapai ketinggian yang boleh melemaskan mangsa. So, berwaspadalah ketika banjir.

Informasi pemanasan global:

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih


EmoticonEmoticon