Adel Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 7

Adel Peserta Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 7

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 7 telahpun berlangsung dengan jayanya malam Ahad semalam (19 Oktober 2014). Menyaksikan 8 persembahan peserta AF 2014 dengan membawa tema lagu klasik.

Melihat persembahan peserta di Konsert AF 2014 minggu 7 ada yang perform dengan terbaik, malah ada persembahan yang mendapat krtitikan daripada juri. Peserta AF 2014 kegemaran aku minggu 7 ni ialah Ewal! Memang best time Ewal nyanyi. Malah para juri jugak memuji persembahan Ewal.

Penghujung Konsert AF 2014, nama Adel, Nina dan Ewal diumumkan sebagai 3 peserta yang mendapat undian terendah. Nasib tidak menyebelahi Adel apa bila namanya diumumkan sebagai peserta AF 2014 yang tersingkir di minggu 7.

Adel tersingkir Konsert AF 2014 minggu 7, Adel peserta tersingkir Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 7, Adel peserta AF 2014 terkeluar minggu 7, tema lagu klasik konsert AF 2014 minggu 7
Adel AF 2014 membawa lagu Jelingan Manja. Persembahan Adel tidak dapat memuaskan hati juri. Menurut Datuk Ramli M.S kebanyakan persembahan pelajar malam tu, banyak yang pincang. Nyanyian tak selari dengan band di belakang. Lagu Jelingan Manja menyebabkan Adel kurang mendapat undian malam tu, yang akhirnya menyebabkan dirinya diumumkan peserta tersingkir di hujung konsert. Pengumuman yang mengejutkan! Biasanya kedudukan undian Adel sentiasa berada di kedudukan teratas. Hinggakan Zizan dan Faizal Ismail mempamerkan riak wajah terkejut sejurus membuka sampul kad tersebut.

Sebelum ni, kecoh apabila penonton tidak berpuas hati dengan penyingkiran Muna: Penyingkiran Muna AF 2014 Cetus Kontroversi! Mungkinkah penyingkiran Adel kali ni berlaku benda yang sama? Macam yang kita tahu, Adel begitu berbakat dan pernah memenangi persembahan terbaik di Konsert AF minggu 6. Jika dibandingkan dengan peserta lain, persembahan Adel lagi bagus namun konsep melayakkan peserta mara ke minggu seterusnya melenyapkan peluang Adel. Adakah sistem undian SMS benar-benar mempamerkan bakat sebenar peserta?

Mungkinkah adanya AF MASUK? Yang memberi peluang pada peserta AF 2014 yang pernah tersingkir untuk kembali semula dalam Akademi? AF MASUK pun perlukan undian. Rasanya…ramalanku, mesti ada. Wait and see.

Dengan tersingkirnya Adel di Konsert Akademi Fantasia 2014 minggu ketujuh, maka 7 peserta AF 2014 yang lainnya mara ke peringkat seterusnya ke minggu 8. Tahniah diucapkan buat: AZWAN AF 2014, EWAL AF 2014, FIRMAN AF 2014, AMAN AF 2014, ZARIF AF 2014, NINA AF 2014, NUHA AF 2014.

Adel tersingkir Konsert AF 2014 minggu 7, Adel peserta tersingkir Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 7, Adel peserta AF 2014 terkeluar minggu 7, tema lagu klasik konsert AF 2014 minggu 7

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Panasss!

Konsert AF 2014:

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

2 comments


EmoticonEmoticon