Hukum Menukar Jantina di sisi Islam & Video "Sex change operation LIVE"


Hanya blogger 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk menonton video ini. 
Sekadar berkongsi pengetahuan & pemahaman mengenai
Hukum Menukar Jantina di sisi Islam & 
cara Memandikan Jenazah yg telah menukar Jantina




Sabda Rasulullah yang bermaksud :

Daripada ibnu abbas dia berkata : Rasulullah telah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Bukti Hadis Pengharaman Tukar Jantina
- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).
-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).
Bukti Nas Al Quran Pengharaman Tukar Jantina
- Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’ ayat 119).
- Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah at-Tiin ayat 4).

Cara Memandikan Jenazah Yg Telah Tukar Jantina
Soalan:  Bagaimana hendak memandikan dan menyembahyangkan jenazah seseorang yang menukar jantina, samada mengikut jantina asal kejadiannya atau jantina pada ketika ia meninggal?

Jawapan:
Perbuatan pembedahan orang lelaki atau perempuan untuk ditukar anggota jantinanya adalah haram di sisi syarak. Seorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun dia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan begitu juga sebaliknya. Seorang yang dilahirkan 'khunsa musykil' iaitu ada 2 alat kelamin lelaki dan perempuan, maka diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu jantina yang benar-benar berfungsi dan dapat digunakan. Oleh itu, masalah-masalah dan hukum-hukum yang bersabit dengan penukaran jantina seperti perkahwinan, kematian dan warisan dan sebagainya adalah didasarkan kepada jenis kejadian jantina asal seseorang. Sekiranya dia meninggal dunia maka mayatnya ditajhizkan menurut jantina asalnya.

Sumber:


14 comments

akhir zaman..lelaki nak jadi pompuan dan sebaliknya...

fuh seram..tp geli gak la..smua nk tukar jantina

H.J: ye la..kena sntiasa ingat hkum Allah

Luqeem: peranan org terdekat amat penting dlm menunjukkan jln yg lurus..kena tegas!

dunia akhir zaman...semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 sik tentu ya kak ohh..

bagus share info cm ni..sbb dh byk berlakukan

SK: aok la kn SK..amin doa ktk ya

merahitujambu: yup..btol tu..sharing is caring..kan..kan..

da elok2 lelaki nak tukar jadi perempuan.. buruk benor la.. semoga mereka2 ini di beri hidayah dari Allah.. huhu.. entri best..^^

noor fatin nadia: betul 2...amin

ngeri tengok video ni...sanggup sakit nk tukar jantina

ngeri...!!! rugi, allah da bagi nikmat da. knapa nak sia2kan lagi..

YUMIDA !!!!!!!!!!!!!!!!!! takut ye tgk !!!!!!!!!!!!!!

santri: ye la...tgk pn geli...

nora: dh lumrah manusia nora...x penah puas dgn apa yg ada

ipai: hihi...leh tgk smbil peluk bantal bucuk...

dah macam tu mcam tu la nak tukar2 lagi...pelik2....

maira q: ye la..actually kita pon berperanan jgk dlm menyedarkan n mberi bimbingan kpd mereka yg tergolongan dlm kump ni...moral support.


EmoticonEmoticon